suria

Mayat rentung ditemui dalam kereta di ladang kelapa sawit

Keadaan kereta yang hangus terbakar.

MAYAT rentung yang tidak dikenal pasti identitinya ditemui di dalam sebuah kereta yang hangus terbakar di ladang kelapa sawit dekat Sungai Adong di Miri, Sarawak.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Superitendan Law Poh Kiong berkata, anggota dari balai bomba Lopeng menemui mayat rentung pada kira-kira 3.30 pagi Isnin.

Beliau berkata, pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai sebuah kereta yang terbakar di kawasan itu.

"Kita serahkan kes ini kepada polis untuk disiasat," katanya kepada pemberita, sambil menambah bahawa identiti mangsa tidak dapat dipastikan.

Poh Kiong berkata, pasukan forensik menyiasat punca kebakaran kereta tersebut.

Terdahulu, kebakaran besar-besaran berlaku dekat Sg Adong pada Jumaat dan Sabtu sebelum berjaya dikawal oleh pasukan bomba. - The Star

rentung, hangus

Artikel Lain