suria

KTMB dedah 17 individu maut dilanggar kereta api sepanjang 2018

Selain 17 kematian, KTMB juga merekodkan 56 kes haiwan ternakan yang dilanggar oleh kereta api pada tahun lalu.

SEPANJANG tahun lalu, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mencatatkan 17 kes kematian akibat dilanggar kereta api.

Ketua Komunikasi Korporat Ahmad Asri Khalbi berkata, antara punca kejadian termasuklah apabila mangsa menceroboh ke kawasan landasan.

Lebih teruk, ada kes melibatkan pekerja kontrak dilanggar ketika merakam gambar swafoto.

"Unit polis bantuan KTMB telah meningkatkan rondaan, dan pada Disember tahun lepas, 170 orang ditahan ataspelbagai kesalahan, termasuklah kerana menceroboh," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Dedah Ahmad, seorang pemotong rumput kontrak telah terkorban apabila dilanggar oleh sebuah kereta api komuter di Nilai, Negeri Sembilan ketika dia mengambil gambar swafoto, empat tahun lalu

Selain itu, dua beradik dari Klang turut terbunuh apabila mereka mengambil jalan pintas merentasi landasan kereta api pada 2017.

Selain 17 kematian, Ahmad menambah bahawa KTMB juga merekodkan 56 kes haiwan ternakan yang dilanggar oleh kereta api, 86 kes kecurian peralatan dan kabel, termasuk 14 individu yang melemparkan batu pada kereta api.

Katanya, syarikat itu membelanjakan kira-kira RM200,000 pada tahun lepas untuk menggantikan kerugian yang dialami.

Menurut Ahmad, mereka yang didapati bersalah kerana merosakkan pagar landasan keretapi boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya, manakala mereka yang menceroboh dan menyeberangi landasan boleh didenda sebanyak RM500.- The Star.

KTMB, Ahmad Asri Khalbi

Artikel Lain