Jatuh ketika panjat jeriji rumah pengasuh, bayi 18 bulan disahkan maut

Hasil bedah siasat mendapati tiada berlakunya jenayah yang menyebabkan kematian mangsa. Gambar Hiasan.

SEORANG bayi lelaki berusia 18 bulan maut selepas terjatuh ketika memanjat jeriji tingkap di rumah pengasuhnya di Taman Kuala Kangsar, Kuala Kangsar pada Jumaat.

Mangsa, Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin disahkan meninggal dunia pada pukul 9.40 pagi ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan, Hospital Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dijaga oleh pengasuhnya yang berusia 24 tahun sejak 1 April lalu.

 

"Semalam, ibunya berusia 25 tahun telah menghantar bayinya pada pukul 7 pagi dalam keadaan baik sebelum dimaklumkan kejadian itu oleh ibu pengasuh yang datang ke tempat kerjanya, dua jam kemudian.

"Suspek beritahu mangsa terjatuh selepas panjat jeriji tingkap dalam bilik dan bertindak membawa mangsa ke hospital selepas dia tidak sedarkan diri," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, hanya suspek dan anaknya berusia 12 bulan berada di dalam rumah terbabit.

"Doktor telah memberi rawatan bantuan pernafasan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan memasukkan oksigen selama sejam bermula pukul 8.40 pagi tetapi tiada tindak balas.

"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan yang menjurus berlakunya jenayah. Selain itu, dalam tempoh di bawah jagaan suspek, tiada kesan kecederaan fizikal pada tubuh mangsa," katanya.

Razali berkata, hasil bedah siasat juga mendapati tiada berlakunya jenayah yang menyebabkan kematian mangsa.

"Punca kematian merupakan dari masalah pada organ dalaman iaitu pankreas.

"Jantung mangsa juga tidak kelihatan normal kerana sedikit besar, tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya," katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu berlaku kecuaian kepada kanak-kanak. - Sinar Harian.

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain