suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kampung Tambirat diisytihar lokasi terkini dijangkiti wabak rabies

Gambar hiasan.

JAWATANKUASA Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak pada Jumaat mengisytiharkan kawasan Kampung Tambirat, Asajaya sebagai kawasan terbaharu wabak anjing gila atau rabies.

Jurucakap Sekretariat JBPN Sarawak berkata keputusan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JBPN Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu lagi kematian akibat Rabies di Sarawak

“Kawasan ini terletak di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytiharkan wabak rabies, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan kawasan ke-62 wabak,” demikian menurut jurucakap itu dalam kenyataan, di Kuching pada Jumaat.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membiarkan anjing lepas bebas atau membawa keluar anjing dari kawasan wabak tanpa kebenaran bertulis Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

Menurut kenyataan itu, mereka yang berbuat demikian boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan menurut Seksyen 37 (2)  and  (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999. - Bernama

Kampung Tambirat, rabies

Artikel Lain