suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RON97 naik tujuh sen, RON95 dan diesel kekal

HARGA runcit petrol RON97 bagi tempoh 23 hingga 29 Mac naik tujuh sen seliter daripada RM2.54 kepada RM2.61 seliter.Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat berkata harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Ia menarik perhatian bahawa berdasarkan pengiraan di bawah formula 'Automatic Pricing Mechanism' (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing sepatutnya RM2.31 seliter dan RM2.38 seliter.

“Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan dikekalkan masing-masing pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

"Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kementerian itu. - Bernama

RON97, RON95, diesel, Kementerian Kewangan

Artikel Lain