suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RON95, RON97 naik 10 sen

Gambar hiasan

HARGA runcit petroleum bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen seliter  manakala diesel kekal pada harga RM2.18 seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 1 Mac.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat berkata harga runcit RON97 naik kepada RM2.38 seliter berbanding RM2.28 seliter sebelum ini manakala RON95 naik kepada RM2.08 seliter daripada RM1.98 seliter.

“Peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses (refined product) di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada USD63.11 setong kepada USD66.91 setong,” kata kenyataan itu.

Bagi produk diesel, kos purata produk diproses turut meningkat secara ketara iaitu daripada USD74.38 setong kepada USD79.11 setong di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).Sepatutnya harga runcit diesel adalah RM2.33 seliter.

“Namun selaras dengan janji kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan iaitu RM2.20 seliter untuk RON95 dan 2.18 seliter untuk diesel, maka harga runcit diesel terus dikekalkan pada paras RM2.18 seliter,” kata kenyataan itu. - Bernama

harga petrol, diesel

Artikel Lain