suria

PRK Semenyih: Uncle Kentang janji wujudkan ruang merokok di restoran

CALON bebas, Kuan Chee Heng (gambar) berjanji untuk memastikan bahawa perokok diberi tempat yang selamat untuk merokok di premis makanan selepas mendakwa jualan di restoran merosot.

Kuan yang bukan seorang perokok berkata, kedai kopi 'half dead' (hampir mati) susulan larangan merokok yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Beliau menegaskan bahawa perokok juga mempunyai hak.

"Kedai kopi sudah separuh mati. Tiada perniagaan. Orang Cina suka pergi ke kedai kopi pada sebelah petang dan bersembang.

Bekas anggota polis berusia 56 tahun yang sebelum ini sering dilaporkan kerana melakukan kebajikan bercakap kepada pemberita selepas melancarkan 'trak perang' sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Semenyih pada Jumaat.

Dikenali sebagai Uncle Kentang, Kuan bagaimanapun berkata beliau menyokong langkah kerajaan untuk mengharamkan merokok di restoran.

Namun, beliau berkata langkah sedemikian mesti mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

"Sebelum rokok mati, perniagaan akan mati dahulu. Jadi, siapa yang akan menderita?

"Kami menyokong larangan merokok, tetapi tolong berikan sedikit peluang," katanya. - The Star

PRK Semenyih, Uncle Kentang

Artikel Lain