suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syed Saddiq secara peribadi dan prinsip menentang penipuan kelayakan pendidikan

SYED Saddiq Abdul Rahman berkata beliau secara peribadi dan prinsip menentang penggunaan kelayakan pendidikan palsu oleh mana-mana pihak.

"Saya fikir Malaysia berada pada kedudukan moral lebih tinggi berkaitan isu itu," katanya kepada pemberita pada Ahad selepas program menukar minyak enjin motosikal secara percuma di Kampung Sesapan, Batu Rembau, di Semenyih.

Beliau ditanya sama ada Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya harus meletak jawatan selepas terlibat dalam kontroversi membabitkan kelulusan pendidikannya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin tercicir agaknya?” - Kelayakan akademik Zuraida pula dipersoal

Syed Saddiq berkata, perkara paling penting adalah memberi peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan perkara tersebut kerana beliau mempunyai hak sebagai seorang perdana menteri.

"Pendirian saya dalam isu ini, jika ia benar dokumen palsu, saya secara prinsipnya menentang sesiapa yang melakukannya, tetapi saya percaya penjelasan daripada pihak Marzuki sudah pun diberikan," kata Syed Saddiq.

Marzuki terpalit dengan isu melibatkan sijil dari Cambridge dan mendakwa beliau langsung tidak terlibat dalam salah faham berhubung ijazahnya itu diperoleh dari universiti di United Kingdom.

Marzuki berkata, beliau sering memberitahu bahawa beliau merupakan kelulusan Cambridge International University (CIU) dari Amerika Syarikat, dan mendaftar pada 2002.

CIU menerusi laman webnya menyatakan bahawa ia bukan sebuah universiti yang memiliki akreditasi. - The Star

Syed Saddiq, Marzuki Yahya

Artikel Lain