MB Perak cadang pemaju beli kuota bumiputera untuk bina Rumah Perakku - Semasa | mStar

MB Perak cadang pemaju beli kuota bumiputera untuk bina Rumah Perakku

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu (gambar) mencadangkan agar pemaju membeli kuota bumiputera untuk membina lebih banyak Rumah Perakku.

Ahmad Faizal berkata, idea itu adalah untuk kerajaan membina lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini bagi golongan berpendapatan rendah.

"Pemaju boleh membeli kuota daripada kerajaan negeri dan kita akan menggunakan wang itu untuk membina lebih banyak Rumah Perakku.

"Ini akan memberi manfaat kepada kawasan perumahan yang mempunyai peruntukan yang lebih rendah bagi kuota bumiputra," katanya pada pelancaran projek pembangunan bersepadu Lestari IUS di Seri Iskandar pada Isnin.

Rumah Perakku adalah program perumahan mampu milik dan dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri serta Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.

Di bawah program ini, harga rumah telah ditetapkan antara RM90,000 dan RM250,000 seunit.

Ahmad Faizal berkata, kerajaan yakin dapat membina kira-kira 50,000 rumah mampu milik sebelum mencapai tempoh sasaran lima tahun.

"Dalam beberapa minggu lalu, saya telah melancarkan beberapa projek perumahan mampu milik di Perak.

"Kami telah meluluskan dan memulakan pembinaan kira-kira 34,000 unit rumah," katanya. - The Star

Rumah Perakku

Artikel Lain