suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M jadi pemimpin Malaysia, Asean pertama dijemput bagi ucapan di Oxford Union

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi pemimpin Malaysia dan pemimpin Asean (dipilih secara demokratik) yang pertama dijemput untuk menyampaikan ucapan di Oxford Union.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuat naik tentang perkara itu pada Selasa malam dan memberitahu bahawa acara tersebut berlangsung setelah dirancang selama berbulan-bulan.

"Tidak sabar! Malaysia, harimau Asia!" katanya sambil berkongsi ucapan itu akan berlangsung pada Jumaat.

Posting di Twitter itu disertai dengan gambar Dr Mahathir membaca surat jemputan, bertarikh 3 Dis, 2018, daripada Presiden Oxford Union, Daniel Wilkinson.

Mengikut laman Facebook rasmi Oxford Union, ia adalah masyarakat pendebat dan penceramah paling berprestij di dunia.

Ia memiliki reputasi tiada bandingan yang membawa tetamu dan penceramah antarabangsa ke Oxford.

Ia telah ditubuhkan sejak 1823 dan bertujuan untuk mempromosi debat dan perbincangan bukan hanya di Universiti Oxford, tetapi di seluruh dunia.

Oxford Union telah menjadi tuan rumah kepada Morgan Freeman, Dame Judi Dench, Sir Ian McKellen, Natalie Portman, Johnny Depp, Stephen Fry, Anna Wintour, Buzz Aldrin, Michael Jackson, Shakira, Senator John McCain, Jeneral David Petraeus, Malala Yousafzai, Sepp Blatter dan David Cameron.

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar tersebut akan menyampaikan ucapan di Oxford Centre of Islamic Studies pada Sabtu. - The Star

Tun M

Artikel Lain