suria

KPM arah buku teks berat sebelah, tidak sensitif disemak serta-merta

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan agar semakan semula ke atas buku teks tahun tiga dilakukan serta-merta selepas sebahagian kandungannya didapati tidak sensitif dan berat sebelah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan jabatan yang bertanggungjawab ke atas kandungan buku teks sekolah kebangsaan.

Beliau berkata, jabatan itu diarahkan untuk membuat semakan segera ke atas infografik buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi murid tahun tiga.

Tambah beliau, mesyuarat tersebut infografik itu adalah bertentangan dengan Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak.

Menurut Nie Ching, infografik itu juga berat sebelah kepada satu jantina sahaja dan butiran yang diletakkan pada gambar tersebut adalah tidak sensitif kepada sebahagian masyarakat.

Katanya, jabatan itu akan bertemu dengan jabatan lain yang berkaitan untuk membaiki isu berkenaan dan melihat sekiranya terdapat kesalahan lain yang dijumpai dalam buku teks tersebut. - The Star

buku teks

Artikel Lain