suria

Hishammuddin tak akan tinggalkan Umno - Najib

Hishammuddin Tun Hussein.

SHAH ALAM: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak akan meninggalkan Umno, kata bekas presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, ia merupakan respons yang diberikan oleh bekas naib presiden Umno ketika diminta untuk memberi penjelasan berhubung pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa bercuti di luar negara.

"Saya terus dengan soalan saya kepada beliau dan beliau memberitahu akan tetap teguh bersama Umno," kata bekas perdana menteri itu semasa mengadakan perhimpunan bersama anggota Umno Shah Alam di sini, Isnin.

"Gambar-gambarnya bercuti dengan Datuk Seri Azmin Ali telah menimbulkan banyak tafsiran," tambah beliau.

Najib berkata demikian bagi menjawab seorang anggota Umno sekiranya Hishammuddin mempunyai hasrat untuk meninggalkan parti itu.

Azmin menafikan dakwaan mengenai beliau dan Hishammuddin merancang percutian di Maghribi bersama keluarga mereka.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata, beliau hanya bertemu dengan Hishammuddin di Marrakesh. - The Star

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain