suria

Dipenjara 30 bulan, tiga sebatan kerana curi beg tangan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini, kerana mencuri beg tangan seorang pelajar kolej pada November tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Gan Chee Keong menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Saiful Muhammud Zahri, selepas dia mengubah pengakuannya kepada bersalah semasa sebutan di sini, Isnin.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh penahanannya pada 14 November tahun lepas.

Penganggur itu didakwa mencuri beg tangan hitam milik Amirah Khalid, 25, tanpa menggunakan senjata di sebuah restoran Arab di Sri Petaling di sini, pada pukul 2.30 pagi 14 November 2018.

Dia didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan denda atau sebatan, sekiranya disabitkan bersalah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norakmal Farhan Aziz memohon agar hukuman yang setimpal kerana rompakan adalah jenayah yang berbeluasa, dan dalam kejadian itu ia memberi kesan kepada seorang wanita.

Bagaimanapun, Muhammad Saiful yang tidak diwakili merayu supaya hukumannya diringankan.

Dia memberitahu mahkamah bahawa perlu menjaga keluarganya.

Menurut keterangan, mangsa sedang makan di sebuah restoran pada hari kejadian.

Dia kemudian secara tiba-tiba dihampiri tertuduh yang merampas begnya yang diletakkan di atas kerusi bersebelahan dengannya.

Bagaimanapun, orang awam mengejarnya dan berjaya menahannya. - The Star

beg tangan

Artikel Lain