Dulu tikus, sekarang lebah pula! Tony sindir KLIA2 macam zoo - Semasa | mStar

Dulu tikus, sekarang lebah pula! Tony sindir KLIA2 macam zoo

PETALING JAYA: Tan Sri Tony Fernandes menyindir Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)selepas sarang lebah dikesan di tingkap sebuah platform di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

"Sekarang kita ada lebah di KLIA2. Kita ada ulat sampah, tikus dan sekarang lebah. Mungkin sebuah zoo atau madu KLIA2?

"Boleh jadi pendapatan baharu yang boleh mengurangkan cukai lapangan terbang.

"Jokes aside, perkara ini membahayakan penumpang dan kakitangan saya. Adakah CEO baru yang jarang berkomunikasi boleh menyelesaikan masalah ini?," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia itu menerusi Twitternya malam Isnin.

Fernandes turut memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan tingkap di sebuah platform di KLIA2 menjadi sarang lebah.

Terdahulu, terdapat aduan mengenai serangan tikus selepas video seekor tikus menguis lantai permaidani sebuah ruang rehat di KLIA2 tular di media sosial.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 4 Januari lalu mengumumkan pelantikan Raja Azmi Raja Nazuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAHB yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa serta-merta.

KLIA2 , lebah

Artikel Sebelum

Hina Agong, pekerja Cisco Asean dipecat

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain