suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tular mesej Azmin, 20 MP PKR sertai Bersatu, kata Zuraida "Ia tak mungkin berlaku"

PETALING JAYA: Mesej menyatakan Datuk Seri Azmin Ali bersama 20 Ahli Parlimen PKR akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini tersebar di media sosial.

Ahli parti turut berkongsi mesej berkenaan, bagaimanapun pemimpin PKR telah menafikan perkhabaran itu.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamadurrin berkata, besar kemungkinan ia tidak akan berlaku.

"Ia satu propaganda, tapi aya tidak tahu pihak mana," katanya.

Kebelakangan ini tersebar hal berkaitan ahli parlimen lompar parti terutama dari Umno ke Bersatu.

Begitu juga ramai yang tidak setuju jika Bersatu menerima bekas pemimpin Umno seperti yang disuarakan Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli yang bukan dari kem Azmin.

Setakat ini, Azmin telah dihubungi untuk mendapatkan komennya, bagaimanapun belum memberi sebarang maklumbalas.-TheStar

Azmin, Zuraida, Bersatu, PKR

Artikel Lain