suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dapat markah 100/100 dalam Matematik A-Level, Yu Xuan diiktiraf 'Top in the World' oleh Cambridge

Gambar hiasan. - Pixabay

GEORGE TOWN: Seorang pelajar yang mencatat keputusan 100 markah dalam kertas Matematik A-Level mendapat kejutan yang lebih besar apabila Pendidikan Antarabangasa Penilaian Cambridge menganugerahkannya gelara 'Top in the World' bagi subjek itu.

Teh Yu Xuan (gambar), 19, mengaku dia amat meminati Matematik tetapi berkata dia tidak pernah terfikir bahawa dapat mencapai markah penuh 100/100 dalam subjek Matematik A-Level.

"Saya mengharapkan markah itu kerana saya menyukai Matematik sejak sekolah rendah tetapi tidak fikir ia akan menjadi kenyataan.

"Ini adalah berita yang sangat baik untuk saya dan keluarga kerana ibu bapa saya selalu memberikan semangat.

"Saya mungkin boleh belajar Matematik Tulen atau Matematik Gunaan pada masa akan datang, kerana saya mahu melakukan sesuatu yang saya minat demi mencapai impian saya, "katanya.

Yu Xuan ialah seorang pelajar Sains di KDU Penang University College dan menerima anugerah tersebut pada majlis Anugerah Pelajar Kecemerlangan Cambridge 2018 yang diadakan bulan lepas.

Anugerah yang berganti penerima setiap tahun sejak 2004 itu diberikan sebagai pengiktirafan di atas kejayaan pelajar yang mengikuti ujian Cambridge di peringkat A-Level dari lebih 40 negara.

Anugerah 'Terbaik di Dunia' adalah pelajar yang mendapat markah tertinggi untuk kertas peperiksaan subjek tertentu. - The Star

Teh Yu Xuan, matematik

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia