suria

Graduan menganggur di Kerian, Parit Buntar boleh jadi pengajar program Tuisyen Rakyat

Gambar hiasan pusat tuisyen.

PARIT BUNTAR: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kurau sedang mengesan lulusan universiti yang masih menganggur di Parlimen Parit Buntar dan Daerah Kerian untuk diambil sebagai tenaga pengajar program Tuisyen Rakyat tahun depan.

Anggota Exco bagi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Abdul Yunus Jamhari berkata di bawah program itu, gaji mereka yang diambil mengajar akan ditanggung oleh pusat khidmat tersebut.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 16 pelajar dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) peringkat DUN Kuala Kurau di pejabatnya pada Ahad.

Abdul Yunus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau berkata tuisyen percuma yang diwujudkan itu merupakan janjinya kepada rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) Mei lalu.

Katanya, pada awal Dis ini, Tuisyen Rakyat pertama telah diwujudkan di Dewan Orang Ramai Kuala Kurau dikendalikan oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Haji Taib dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.- Bernama

Graduan, menganggur, tuisyen

Artikel Lain