suria

Najib, Arul Kanda tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta

Najib tiba di Kompleks Mahkaham Jalan Duta, pagi Rabu.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi menghadapi pertuduhan berkenaan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dia akan didakwa kerana menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri untuk mengarahkan bekas ketua audit negara membuang sebahagian audit akhir 1MDB.

Najib tiba pada 8.45 pagi, Rabu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang tiba pada pukul 8.07 pagi akan menghadapi pertuduhan atas kesalahan sama.

Arul yang ditahan pada Selasa dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 7.35 pagi selepas ditahan satu malam di lokap.

Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata, sebahagian audit akhir 1MDB dibuang.

Menurutnya, perkara penting yang tidak dimasukkan dalam laporan itu ialah mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan kedua berkenaan status kewangan 1MDB.

Tambahnya lagi, arahan pengubahan itu diberikan oleh Tan Sri Shukry Salleh, yang juga ketua setiausaha sulit Najib sewaktu dia menjadi perdana menteri.

Artikel Lain