suria

Arul Kanda tidak mengaku subahat ubah audit 1MDB, mohon bicara

Arul Kanda Kandasamy

KUALA LUMPUR: Arul Kanda Kandasamy memohon dibicarakan berhubung dakwaan jenayah melibatkan pengubahan audit 1MDB di Mahkamah Sesyen, di sini.

Hakim Mahkamah Sesyen Rozina AYob membenarkan jaminan berjumlah RM500,000 untuk dibayar secara dua kali ansuran.

Arul Kanda diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.

Dia didakwa bersubahat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu untuk mendapatkan suapan iaitu perlindungan daripada tindakan tatatertib sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.

Tindakan itu adalah dengan mengarahkan laporan akhir pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, antara 22 hingga 26 Februari 2016.

Tuduhan di bawah Seksyen 28 (1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Arul Kanda Kandasamy, 1MDB

Artikel Lain