suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chun Wai letak jawatan CEO Kumpulan Media Star

PETALING JAYA: Selepas lebih tiga dekad mengembangkan karier dalam industri media, Datuk Seri Wong Chun Wai meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Media Star (SMG) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa Januari 2019.

Namun SMG mengekalkan Chun Wai sebagai penasihat kumpulan syarikat di bahagian editorial dan hubungan korporat juga pada tarikh sama.

Pengumuman rasmi akan dibuat syarikat sebaik pengganti yang sesuai dilantik.

Sehubungan itu, ahli Lembaga Pengarah mengucapkan penghargaan kepada Chun Wai di atas sumbangannya yang tidak ternilai kepada kumpulan syarikat ini.

Chun Wai,57, antara individu yang bekerja keras dan penuh kesetiaan terhadap syarikat telah melalui pelbagai bentuk cabaran dari segi isu politik, agama dan sosial.

"Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat sebagai MD/CEO selama enam tahun. Ia adalah jangka masa panjang dalam kehidupan korporat Malaysia, serta bidang perniagaan yang paling mencabar seperti media.

"Peranan seorang CEO di sebuah syarikat media Malaysia pastinya sangat berbeza dengan rakan saya di syarikat lain, yang lebih mudah," katanya.

Wong Chun Wai

Artikel Sebelum

Artikel Lain