suria

Rosmah, Rizal, Ku Nan ke SPRM Rabu

Rosmah Mansor.

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor, bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan memberikan keterangan di Putrajaya pada Rabu.

Sumber berkata, notis telah diberikan kepada mereka untuk hadir di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sehari sebelum mereka dijadualkan didakwa di Kuala Lumpur pada Khamis.

Rosmah dan Rizal dikatakan berdepan dengan tuduhan rasuah yang melibatkan sejumlah RM6.5 juta berkaitan dengan projek hibrid solar RM1.25 bilion untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi Tengku Adnan, beliau sedang disiasat berhubung tawaran tanah yang diragui melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Siasatan itu berhubung 97 transaksi bernilai RM5.63 bilion melibatkan 273.27 hektar kawasan DBKL.

Empat belas tawaran telah ditamatkan manakala 15 yang lain telah melalui rundingan semula. - The Star

Rosman Mansor

Artikel Sebelum

Zainuddin Maidin dirawat di ICU

Artikel Lain