suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zainuddin Maidin dirawat di ICU

Zainuddin Maidin.

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya di sini akibat paru-paru berair.

Menurut adiknya Abdul Lazam, Zainuddin yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan berada dalam keadaan sedar namum dinasihatkan untuk banyak berehat oleh doktor.

Sambil menafikan khabar angin Zainuddin berada dalam keadaan nazak, Abdul Lazam berkata: "Abang saya dalam keadaan sedar dengan keadaan sekelilingnya dan boleh bercakap dengan semua yang datang untuk melihat keadaannya." 

Ketika dihubungi pada Selasa, beliau berkata, laporan yang mengatakan Zainuddin,79, dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya di Presint 10 di sini juga tidak tepat.

"Abang saya mengadu sakit dada dan lelah. Melihatkan keadaannya agak serius semalam anggota keluarga memutuskan supaya dia dibawa ke hospital," katanya.

Menurutnya, Zainuddin dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya kira-kira 10 malam semalam dan dimasukkan ke wad biasa sebelum  dipindahkan  ke ICU pagi ini selepas doktor mengesan air dalam paru-parunya.

Menurut Abdul Lazam, Zainuddin sebelum ini tidak menghidap sebarang penyakit serius. - Bernama

Zainuddin Maidin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain