suria

Pemandu Grab ditahan tunjuk isyarat lucah kepada polis

SIBU: Seorang pemandu Grab ditahan gara-gara menunjukkan jari tengahnya (isyarat lucah) kepada dua anggota polis trafik yang mengeluarkannya saman kerana meletak kereta di tempat yang tidak dibenarkan di kawasan lapangan terbang.

Malah suspek berusia 37 tahun itu juga meninggikan suaranya kepada anggota polis.

Asisten Komisioner Polis (ACP) Stanley Jonathan Ringgit berkata kedua-dua pegawai itu sedang bertugas mengawal lalu lintas di Lapangan Terbang Sibu kira-kira 5.35 petang Jumaat.

Apabila melihat sebuah kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta yang tidak ditetapkan mereka kemudian mengeluarkan saman dengan meletak di cermin kereta tersebut dan berlalu pergi.

"Ketikaberjalan ke kenderaan mereka, pemandu tersebut menunjukkan jari tengahnya," kata ACP Stanley pada Sabtu.

Melihat situasi itu, kedua-dua pengawai itu mengarahkan pemandu Grab itu mengikut mereka ke balai polis.

Lelaki tersebut enggan berbuat demikian.

Suspek kemudian ditangkap di bawah Seksyen 186 dan 509 Kanun Keseksaan kerana menghalang seorang penjawat awam dalam menjalankan tugasnya.

Isyarat lucah, pemandu Grab

Artikel Sebelum

Artikel Lain