suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Zahid enggan tunduk gesaan Pemuda Umno

Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA TERENGGANU: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau akan terus menerajui parti itu walaupun terdapat gesaan supaya beliau bercuti seketika daripada menjalankan tugas presiden.

Ahmad Zahid, yang kini berdepan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah, berkata kedudukan beliau hanya boleh diputuskan menerusi Perhimpunan Agung Umno (PAU), bukannya melalui cadangan atau peraturan yang tidak mengikut perlembagaan parti.

“Saya ambil keputusan untuk terus galas tugas Presiden Umno bersama-sama timbalan, naib dan setiausaha serta kepimpinan sayap.

"Saya harap keadilan di dalam penentuan hala tuju politik kami dapat diterjemahkan dalam bentuk kesatupaduan dalam kalangan kita (Umno) dan mandat yang kita lakukan biarlah (sehingga) tamat penggal pemilihan," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan khas bersama kepimpinan tertinggi Umno Terengganu di sini Jumaat.

Pada Khamis, Pergerakan Pemuda Umno diketuai Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan meminta Ahmad Zahid untuk mempertimbangkan cadangan supaya beliau bercuti daripada menjalankan tugas presiden parti sehingga kesnya selesai di mahkamah.

Ahmad Zahid dipilih sebagai presiden baru Umno bagi tempoh 2018-2021 pada pemilihan parti Jun lepas. - BERNAMA

Ahmad Zahid, Umno

Artikel Sebelum

Artikel Lain