suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Umno cadang Ahmad Zahid bercuti seketika

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno mencadangkan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bercuti seketika sehingga kes pertuduhannya di mahkamah selesai.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian selepas mesyuarat exco yang berlangsung selama empat jam di sini Khamis.

"Kami tidak kata beliau bersalah tetapi kami mahu beliau memberi tumpuan kepada pertuduhan yang dikenakan terhadapnya," kata Asyraf.

Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat lalu dengan 45 pertuduhan.

Ia melibatkan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.

Pemuda Umno, Ahmad Zahid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga kali rogol remaja 13 tahun

Artikel Lain