suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mati akibat makan laksa?

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah dan Jabatan Kesihatan Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kes yang melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Landak Kupang, Baling yang mula tular di laman sosial, Ahad.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu pemakluman melalui pesanan WhatsApp kepada Bernama memberitahu kedua-dua jabatan itu sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Status dimuat naik seorang pengguna Facebook yang mendakwa ada individu maut akibat makan laksa di Baling, Kedah.

Beliau berkata memandangkan kejadian tersebut melibatkan kematian dan merentasi sempadan negeri Kedah dan Perak, sebarang kenyataan rasmi akan dibuat melalui Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Pada Ahad, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang memaklumkan bahawa dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa yang dijual di gerai di Kampung Landak Kupang.

laksa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain