suria

Lagi ‘kembar’ Aeril Zafrel nafi, "bukan saya lelaki bogel tu"!

Syed Ahmad Syafik (kiri) menafikan dia ialah individu dalam foto lucah tersebut.

PETALING JAYA: Selepas seorang pemuda menafikan dirinya dikaitkan dengan kontroversi gambar lucah kerana memiliki wajah mirip Aeril Zafrel, tampil pula seorang lagi ‘kembar’ pelakon itu melakukan perkara sama.

Pekerja pasar raya, Syed Ahmad Syafik Syed Akil, 23, berkata, tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang mendakwanya sebagai pemilik foto lucah itu bukan sahaja mencalarkan maruahnya, malahan membuatkan dia malu untuk keluar rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kembar' Aeril Zafrel kena tempias, jawab gambar bogel

"Saya sangat terkejut selepas kawan beritahu mengenai perkara ini. Dia 'forward' paparan skrin satu posting di Twitter yang menuduh saya orang dalam gambar bogel tu.

"Malu sangat, tak tahu nak letak muka kat mana kerana semakin ramai kawan-kawan dan ahli keluarga yang tanya mengenai kesahihan gambar itu.

"Bukan saya lelaki dalam foto lucah tu. Saya masih waras dan tidak terdesak untuk melakukan perkara yang memalukan diri sendiri dan keluarga," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Menurut kiriman paparan skrin Syed Ahmad Syafik kepada mStar Online, posting di Twitter yang sudah dipadamkan itu menggunakan gambarnya dan beberapa lelaki lain yang seiras wajah suami Wawa Zainal itu berserta kapsyen: "Muka macam Aeril Zafrel, rupanya pelanduk dua serupa. Patutlah sedap."

Syed Ahmad Syafik

Sebaik mengetahui tentang gambar tersebut, Syed Ahmad Syafik cuba menghubungi Aeril Zafrel melalui Instagram untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya cuba 'DM' (hantar pesanan) kepada Aeril Zafrel dan dia tanya saya siapa orang dalam gambar tu. Saya hanya balas yang saya pun tidak tahu," jelasnya.

Pemuda yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu turut mengalami tekanan disebabkan fitnah tersebut kerana khuatir impiannya untuk bergelar seorang penyanyi tidak menjadi kenyataan akibat terpalit dengan kontroversi melibatkan gambar itu.

Syed Ahmad Syafik yang dikenali sebagai Syafik Malik pernah merakam 'single' berjudul Menantimu pada 2015 itu dan berharap perkara mengaibkan seperti itu tidak berlaku lagi pada masa depan.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan, kontroversi gambar bogel yang didakwa mirip Aeril Zafrel turut memberi kesan kepada seorang pemuda yang wajahnya iras pelakon itu.

"I (saya) kena tempias gambar bogel tu," kata Abdul Fattah Che Busu, 23 sambil menunjukkan dua gambar yang memaparkan wajahnya dan wajah Aeril di laman sosial Instagramnya pada Selasa.

'Posting' tersebut bagaimanapun telah dipadamkan.

Aeril Zafril, Syed Ahmad Syafik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain