Budak lari dari rumah gara-gara dimarahi ibu

Gambar hiasan.

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun nekad bertindak melarikan diri dari rumah ibu bapanya di Bandar Baru Putra, Bercham di sini jam 8 pagi Jumaat, gara-gara merajuk akibat dimarahi ibunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, Ahmad Aqil Akbar Zaid bertindak keluar sendiri dari rumahnya dengan membawa pakaiannya bagaimanapun ditemui orang awam di Kuala Kangsar, petang Jumaat.

"Mengikut siasatan, akibat dimarahi ibunya, kanak-kanak itu menaiki bas untuk pergi ke rumah bapa saudaranya di Kuala Kangsar. Bagaimanapun semasa merayau di sekitar Kuala Kangsar, kanak-kanak itu ditemui orang ramai sebelum menghubungi pihak polis.

"Difahamkan, kanak-kanak itu keluar dari rumahnya dengan rela hati akibat merajuk dimarahi ibunya yang berpunca kerana dia bermain di luar rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat malam.

Kehilangan kanak-kanak itu menjadi perhatian sejak pagi Jumaat selepas kisah kehilangannya dipercayai ketika menaiki basikal berdekatan rumahnya termasuk kononnya dilarikan dua lelaki tular di media sosial.

Yahya turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat dengan menyebarkan berita kehilangan itu di sosial media sehingga berjaya ditemui. - Bernama

Artikel Berkaitan

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain