Najib dibebaskan dengan jaminan RM3.5 juta - Semasa | mStar

Najib dibebaskan dengan jaminan RM3.5 juta

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas 25 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion pada Khamis dibebaskan dengan jaminan RM3.5 juta berserta dua penjamin.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon agar jaminan itu dibayar secara ansuran dengan RM1 juta dibayar pada Jumaat (21 September) manakala bakinya pada minggu hadapan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarkan bayaran jaminan itu dilakukan dalam tempoh tersebut selagi ia diselesaikan secara penuh pada 28 September.

Azura menetapkan 16 November sebagai tarikh pengurusan kes.

Najib turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas semua pertuduhan tersebut.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menerusi satu kenyataan berkata terdapat sembilan pertuduhan melibatkan penerimaan wang haram, lima pertuduhan melibatkan penggunaan wang haram dan tujuh pertuduhan melibatkan pemindahan wang haram ke entiti lain.

Ia termasuklah tuduhan melibatkan dana 1MDB berjumlah 681 juta dollar Amerika (RM2.8 bilion) yang ditemui di dalam akaun peribadinya di bawah Seksyen 4(1) Amlatfa.

Sambil diiringi polis dan pegawai SPRM, Najib yang memakai sut berwarna biru gelap memasuki kompleks itu pada pukul 1.48 petang pada Khamis menaiki Honda Stream berwarna hitam.

Sebelum itu, dia dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 9.20 pagi selepas ditahan semalaman di lokap SPRM pada Rabu.

Dipercayai beliau hadir untuk merekod kenyataan di ibu pejabat tersebut sebelum dibawa ke mahkamah.

Ini merupakan kali ketiga Najib dibawa ke mahkamah, kali pertama pada Julai ketika beliau didakwa atas tiga pertuduhan berkaitan kes pecah amanah dan satu tuduhan menerima rasuah bernilai RM42 juta.

Bulan lalu, Najib didakwa atas tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram.

Najib , bebas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Othman Omar dilantik Pengarah Besar Felda

Artikel Berkaitan

Doa Najib buat Rosmah

Najib disoal siasat kali ke-4

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia