suria

Suami disangka gay gara-gara suka 'posing maut'

PETALING JAYA: Benarkah tanggapan sesetengah individu yang mengatakan seorang isteri pastinya beruntung jika mendapat suami yang kelakar dan berperangai 'gila-gila'?

Ujar kebanyakan mereka di luar sana, rupa tidak menjadi sandaran sebaliknya sifat suami yang menghiburkan menjadi resepi utama kebahagiaan rumah tangga.

Bagi merungkai persoalan itu, mStar Online menghubungi seorang wanita yang tular di laman Twitter gara-gara memuat naik video serta foto aksi lucu suaminya yang sehingga kini menerima hampir 25,000 ulang kicau (Retweet).

Biarpun wujud segelintir netizen yang seolah-olah meluat dengan perkongsian begitu, Nur Dianah Mohd Raus ternyata tidak kisah kerana dia sendiri lebih mengenali suaminya, Muhammad Irfan Mail.

"Kawan yang pertemukan kami sekitar September tahun lalu dan kami berkahwin lima bulan selepas itu. Mula-mula jumpa dia segan dan pemalu, lama-kelamaan baru dia tunjuk perangai sebenar.

Antara paparan skrin video aksi-aksi suami Dianah yang mencuit hati netizen.

"Alhamdulillah memang seronok ada suami happy go luckysporting dan suka bergurau. Pada saya, bahagia itu datang dalam banyak bentuk dan kebahagiaan saya adalah suami sendiri.

"Kalau dia tak buat lawak pun saya boleh bahagia dengannya. Kawan, saudara dan adik-beradik pun senang dengan perwatakannya," ujar Dianah ketika dihubungi pada Rabu.

Mengulas mengenai posting tersebut, pasangan yang masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an itu mengakui tidak menyangka video mereka akan tular.

Antara yang mendapat perhatian ialah video sewaktu Dianah cuba melentikkan bulu mata suaminya.

Biarpun dikaitkan dengan satu lagi video tular yang hampir sama, pengusaha seni lukisan inai di laman Instagram itu menafikan dia cuba meniru sebaliknya mendakwa ia sudah lama dirakam.

Dianah mengakui gembira dikurniakan suaminya yang kelakar dan ia diangggap sebagai penyeri rumah tangganya.

Turut mendapat perhatian ialah foto serta video suaminya yang disifatkan oleh netizen sebagai 'sangat extra' sewaktu beraksi di hadapan kamera.

Selain respon positif netizen, dia turut berdepan segelintir individu yang membuat tohmahan mengatakan suaminya bernafsu songsang atau gay.

"Sudah biasa orang kata dia gay sedangkan perkara itu tidak benar. Jadi bila baca komen, saya dah tak rasa apa-apa. Saya lebih kenal dia.

"Suami saya kalau bergambar suka posing pelik-pelik, di rumah juga dia suka menyakat saya seperti adik dia sendiri. Namun ada masa serius, dia akan jadi serius," ujar Dianah lagi.

Malah, dia turut menganggap sifat suaminya itu sebagai penyeri rumah tangga mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain