Rakam bawah skirt: Bekas pegawai timbalan menteri ditahan

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kepada Timbalan Menteri yang didakwa merakam di bawah skirt seorang wanita ditahan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perbuatan terkutuk, keji!” – Timbalan Menteri pecat pegawai ‘kantoi’ rakam bawah skirt wanita

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy mengesahkan penahanan itu.

Difahamkan, penahanan dibuat pada kira-kira pukul 1 tengah hari Isnin, dekat kawasan Solaris di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“PDRM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video kes ini kerana kes ini masih dalam siasatan PDRM,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, pegawainya itu dipecat dari kementerian.

Pada Sabtu, lelaki berusia 40-an itu dikatakan dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) apabila menggunakan telefon pintarnya untuk mengambil gambar bawah skirt seorang pekerja wanita di sebuah kedai optometri di sebuah kompleks membeli-belah di sini.

Rakaman video berhubung kejadian kemudian tular di media sosial.

Menerusi klip video itu, lelaki tersebut duduk di sebelah seorang lelaki lain, dipercayai Mohd Azis, yang sedang menjalani pemeriksaan mata, dengan bantuan wanita berkenaan.

Mohd Azis Jamman

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain