Reman isteri CEO Cradle Fund disambung tiga hari

Allahyarham Nazrin Hassan.

PETALING JAYA: Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan disambung reman tiga hari berhubung siasatan kes bunuh.

Majistret Nurulhuda Zakariya mengeluarkan perintah reman terhadap Samirah Muzaffar sehingga Khamis, bagi membantu siasatan polis.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari kepada dua anak tiri Nazrin.

Difahamkan peguam yang mewakili remaja berusia 14 dan 16 tahun itu mahu membuat rayuan terhadap reman ke atas anak guam mereka di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Minggu lalu, polis menahan Samirah dan bekas suaminya, kedua-duanya berusia 43 tahun.

Bekas suami Samirah telah dibebaskan polis, manakala Samirah direman selama tujuh hari.

Nazrin terbunuh dalam kebakaran di rumahnya pada 14 Jun. Awal bulan lalu, polis mengklasifikasikan semula kes itu sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan berikutan siasatan forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Nazrin dijumpai mati selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat atas rumahnya di Mutiara Damansara dengan kesan melecur 30 peratus di badannya.

Samirah yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kemudian mengkritik pihak berkuasa mengendalikan kes itu.

Dia mendakwa telah menulis kepada jabatan bagi mendapatkan perkembangan kes tetapi diberitahu bahawa laporan itu tidak dapat diberikan kepadanya kerana kematian Nazrin adalah kes berprofil tinggi.

Dalam satu kenyataan pada 14 Ogos lalu, beliau telah meminta maklumat mengenai kehilanagn barang-barang yang dimiliki Nazrin, tidak kelihatan sejak kejadian itu.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain