suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kastam tumpas penyeludupan rokok, arak RM10 juta

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras dengan nilai dan cukai dianggarkan RM10 juta selepas menahan dua kontena di Pelabuhan Klang, dekat sini, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Seri Zulkifli Yahya berkata pihaknya turut menahan dua pemandu kontena, masing-masing berusia 36 tahun dan 48 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan kontena pertama menemui 10.5 juta batang rokok putih jenama U2 Full Flavor dengan nilai dan cukai rokok dianggarkan berjumlah RM8 juta.

“Pemeriksaan kontena yang kedua telah menemui 1.8 juta batang rokok jenama DinX dan 2,600 liter minuman keras dengan nilai dan cukai yang terlibat dianggarkan RM2 juta.

“Pemeriksaan ke atas barang dan dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pemandu menunjukkan barang yang diisytiharkan tidak sama dengan barang yang terdapat dalam kontena. Kontena berkenaan telah keluar dari Pelabuhan Utara menggunakan manifest (senarai kargo) yang diikrar sebagai alat ganti terpakai kenderaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Zulkifli berkata, rokok berkenaan dipercayai diseludup dari Vietnam untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

Kedua-dua lelaki berkenaan direman sehingga hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 kerana mengangkut barang larangan Kastam, katanya.. - Bernama

Kastam, rokok, Full Flavor

Artikel Sebelum

Artikel Lain