suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mekanik didenda RM5,000 kerana sunting gambar bekas teman wanita

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik didenda RM5,000 atau dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana menghina bekas teman wanitanya dengan perbuatan menyunting gambar.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali memerintahkan hukuman itu ke atas Muhammad Omar Aliff Rosli, 32, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang didengari di sini pada Jumaat.

Tertuduh didakwa menghina kesederhanaan mangsa berusia 36 tahun tersebut dengan menyunting dan menggunakan kata-kata yang menggambarkannya sebagai perempuan sundal.

Gambar itu kemudian dihantar kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

Tuduhan di bawak Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim membuat pendakwaan bagi kes tersebut dan tertuduh tidak diwakili peguam. - The Star

mekanik, WhatsApp

Artikel Lain