Munafik 2: “Berapa puluh juta yang diperoleh tak dapat tandingi nilai mesej,” komen PU Amin yang sering dikecam kerana dakwahnya - Semasa | mStar

Munafik 2: “Berapa puluh juta yang diperoleh tak dapat tandingi nilai mesej,” komen PU Amin yang sering dikecam kerana dakwahnya

Filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof kini mencatakan kutipan RM21.6 juta dalam tempoh empat hari tayangannya.

PETALING JAYA: Baru empat hari ditayangkan di pawagam, filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof telah mencatatkan kutipan RM21.6 juta.

Sekuel terbaharu ini mengisahkan Ustaz Adam (lakonan Syamsul) yang meneruskan aktiviti dakwah di samping menjadi seorang pengamal perubatan Islam.

Filem pecah panggung yang sedang hangat diperkatakan ketika ini turut mendapat perhatian seorang pendakwah muda, Pencetus Ummah (PU) Amin.

“Betul apa yang dikatakan Ustaz Adam, tak semua manusia memahami kerja sebagai seorang pendakwah.

“Filem ini wajib berjaya. Berapa puluh juta yang diperolehi tetap tidak dapat menandingi nilai mesej yang diberikan,” katanya menerusi status yang dikongsi di akaun Instagram miliknya, petang Isnin.

Komen PU Amin di laman sosial mengenai filem Munafik 2.

PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim semakin dikenali kerana dakwahnya dalam pelbagai isu, termasuk menegur beberapa selebriti dan usahawan terkenal yang didakwa mencemarkan imej Islam.

Walaupun dikecam hebat netizen juga individu yang ditegurnya, sering kali status dakwahnya di laman sosial dipadamkan sehingga akaunnya turut disekat, beliau terus menyampaikan dakwahnya dengan cara tersendiri.

Selain mesej pengajaran, PU Amin turut tertarik dengan pembukaan filem itu menerusi pesanan sabar dan surah Al-Alaq yang baginya mendamaikan jiwa.

“Dimulakan dengan pesanan sabar sebagai pendakwah dan lima ayat surah Al-Alaq amat mendamai jiwa seorang pendakwah. 

“Terima kasih Syamsul, anda berjaya. Anda layak berjaya,” tambahnya.

PU Amin (kiri) dan Syamsul Yusof.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi moral dalam filem Munafik 2 yang mencatatkan kutipan sebanyak RM3.6 juta pada hari pertama tayangannya.

“Selesai menonton Munafik 2. Moralnya, jangan sesekali kita berani gelar orang lain dengan gelaran ‘penunggang agama’ nanti mati hina kena hempap dengan batu.

“Moga yang kuat label ‘tungang tunggang’ ni belajar dari filem Munafik 2,” kata PU Amin mengenai filem bergenre seram yang sarat dengan elemen keagamaan.  

Filem Munafik 2 yang turut dibintangi Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Mawi itu menelan belanja sebanyak RM2.8 juta.

PU Amin , Syamsul Yusof , Munafik 2

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Makanan laut dikecuali SST - Guan Eng

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain