suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makanan laut dikecuali SST - Guan Eng

Lim Guan Eng.

PUTRAJAYA: Makanan laut dalam kategori krustasia dan moluska dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi membolehkan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana menikmati makanan laut.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pengecualian tersebut berkuat kuasa serta-merta, dan beliau mengingatkan para peniaga supaya tidak perlu mengenakan cukai ke atas pengguna yang membeli makanan laut seperti ketam, udang, kerang dan sotong.

Beliau berkata, terdapat pihak yang mempersoalkan kerang dan ketam dikenakan cukai kerana barangan tersebut dimasukkan dalam senarai yang sama dengan makanan mewah seperti udang kara (lobster), Norway lobster, tiram, kapis dan siput 'abalone'.

"Oleh itu, semua makanan laut lain juga diletakkan di bawah senarai, di mana 10 peratus SST dikenakan.

"Bagi membenarkan makanan laut dinikmati oleh mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, saya telah mengarahkan Jabatan Kastam untuk mengecualikan semua makanan laut yang ada dalam senarai daripada dikenakan cukai," katanya pada sidang media, Isnin.

Guan Eng berkata, kementerian sentiasa terbuka kepada cadangan orang ramai mengenai bagaimana untuk menambah baik pelaksanaan SST.

SST

Artikel Lain