suria

Belajar daripada pengalaman, Raj Banana Leaf dibuka semula dengan nama baharu

Restoran Raj Banana Leaf di bangsar dibuka semula dengan nama baharu. Foto Facebook Skanda Dev

PETALING JAYA: Restoran Banana Leaf Raj dibuka semula pada Rabu, menjenamakan semula sebagai RBL Banana Leaf (RBL).

Pembukaan restoran itu dibuka kira-kira tiga bulan selepas lesen operasi mereka dibatalkan berikutan video tular yang menunjukkan kakitangannya membasuh pinggan mangkuk dengan lopak air.

Keputusan untuk merombak operasi mereka dan mengguna pakai nama yang lebih kontemporari sebagai tanda permulaan selepas belajar daripada pengalaman lalu, kata pengurusan RBL dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pengarah RBL, Muhamad Rizal Abd Rahman berkata, insiden kejatuhan pada Mei lalu merupakan 'peringatan buat mereka'.

"Kami ingin memohon maaf sekali lagi kepada semua yang terkesan dengan kealpaan kami.

"Insiden yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran buat kami untuk memperbaiki kelemahan, menambah baik operasi dan mengikut segala peraturan dan standard berkaitan bagi menawarkan pengalaman sebaik mungkin kepada para pelanggan apabila mereka menjamu selera di RBL," tambahnya.

Restoran yang terletak di Bangsar itu memberitahu, ia telah melepasi "pemeriksaan ketat" yang dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Bahagian Keselamatan di Kementerian Kesihatan.

Ia mendedahkan bahawa restoran tersebut menjalani banyak pengubahsuaian di dapur, bahagian penyediaan makanan dan minuman, ruang mencuci dan bahagian makanan.

"Kawasan roti canai merupakan dapur terbuka yang menghadap pelanggan, manakala tingkap terbuka yang besar membolehkan pelanggan melihat bagaimana bahagian mencuci dikendalikan," katanya.

Menurut kenyataan itu, aliran makanan dan bahagian sebelum dan selepas mencuci telah diatur semula bagi memastikan proses pengendalian yang lebih baik.

Sistem pengudaraan, perangkap gris dinaik taraf, dan mesin mencuci pinggan mangkuk dipasang.

Syarikat itu mendakwa semua kakitangan baharu dan lama, telah menjalani kursus pengendalikan makanan yang dikendalikan oleh seorang jurulatih berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.

Raja Banana Leaf, RBL

Artikel Lain