suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ismail mulakan tugas hari pertama sebagai KSN

Ismail memulakan hari pertama tugasnya sebagai KSN yang baharu secara rasmi pada Rabu.

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Ismail Bakar pada Rabu memulakan hari pertamanya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan berazam untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memberi penekanan terhadap pengurusan kos yang lebih cekap dan berkesan.

Pejabat Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan Ismail dalam satu taklimat ringkas berikrar untuk sentiasa menegakkan integriti dan memegang prinsip kebenaran dalam menjalankan tugasnya.

Ismail, 58, mengimbas kad kehadiran pada pukul 7.25 pagi di Pejabat Ketua Setiausaha Negara di sini, menurut kenyataan itu.

Ismail yang sebelum ini Ketua Setiausaha Perbendaharaan dilantik sebagai KSN yang baharu menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa, 63, yang kontrak perkhidmatannya tamat pada Selasa. - Bernama

KSN, Ismail Bakar

Artikel Lain