Pemandu bas Harapan Johor maut dirempuh lori - Semasa | mStar

Pemandu bas Harapan Johor maut dirempuh lori

MUAR: Pemandu bas Harapan Johor maut manakala tiga yang lain parah selepas pengangkutan awam dipandu dari Pagoh menuju ke Bandar Muar itu dirempuh sebuah lori yang datang dari arah hadapan.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi Selasa, mangsa, Nordin Bin Kosnon, 53, maut sewaktu menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Idris Rajab berkata, kemalangan turut menyebabkan tiga lagi mangsa parah termasuk pemandu lori berusia 43 tahun yang kini sedang dirawat di Zon Merah, HPSF.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berpunca selepas pengangkutan awam membawa 12 penumpang itu memasuki laluan bertentangan sebelum sebuah lori yang berada di laluan berkenaan tiba di situ.

"Sewaktu berada di Kampung Temiang-Jalan Salleh, di sini, dipercayai lori dari arah Muar menuju ke Pagoh sampai di tempat kejadian dan bas yang datang dari arah bertentangan telah memasuki laluan lori tersebut, sekali gus mengakibatkan rempuhan di bahagian hadapan kedua-dua kenderaan.

"Pemandu lori mengalami kecederaan parah dan dibawa ke HPSF manakala pemandu bas dilaporkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital sama. Selain itu, kelindan lori berkenaan juga masih mendapatkan rawatan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kawasan kemalangan merupakan jalan selekoh dan mempunyai garisan tengah bertanda selain keadaan lalu lintas juga tidak sibuk malah cuaca pada masa kejadian juga baik.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain