suria

Logo Visit Malaysia 2020 tanpa orang utan?

KUALA LUMPUR: Logo Visit Malaysia 2020 yang pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini akan diubahsuai.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohamaddin Ketapi berkata, selaras dengan hasrat itu satu pertandingan akan diadakan bagi merealisasikan perkara tersebut.

“Logo itu kita akan cantikkan,  kita akan buat pertandingan dalam masa terdekat di mana ia terbuka pada semua  rakyat,” katanya selepas melancarkan majlis pra pelancaran International Federation of Library Associations and Institution World Library and Information Congress (IFLA WLIC 2081) di Parlimen, Selasa.

Sebelum ini, logo lama berkenaan yang dilancarkan sempena Asean Tourism yang berlangsung pada awal Januari 2018 di Chiang Mai, Thailand oleh bekas Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri menerima respon negatif daripada netizen.

Antara keluhan netizen adalah mereka mendakwa logo itu tampak tidak profesional dan sangat biasa.

Mengulas lanjut, Mohamaddin secara personal merasakan logo itu tidak cantik.

“Saya sendiri merasakan ia tak cantik, jadi kita ubahsuai satu dua dalam logo, tak buang semua, mungkin orang utan  itu kita hilangkan, tambah yang lain, jelaskan lagi KLCC,” katanya.

Logo lama Visit Malaysia 2020 menampilkan gambar Petronas Twin Tower, dua ekor orang utan dan penyu memakai cermin mata hitam.

Kempen Melawat Malaysia 2020 mensasarkan kehadiran pelancong ke Malaysia lebih 36 juta pelancong  sekaligus mengutip dan meningkatkan pengaliran wang masuk ke dalam negara kita sebanyak RM168 bilion.-SinarHarian

Visit Malaysia, logo, orang utan

Artikel Lain