suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Durex Malaysia tarik balik penjualan kondom 'Real Feel'

DUREX Malaysia telah memanggil balik kondom yang telah memasuki pasaran dan yang telah dibeli oleh penggunanya.

Produk kondom yang ditarik balik penjualannya di rak adalah jenis 'Real Feel' bukan lateks dan Durex juga telah meminta pengguna yang telah membelinya untuk tidak menyimpan produk ini.

Durex menggesa orang ramai merujuk nombor siri yang dicetak pada bungkusan produk yang terjejas iaitu 1000433144, 1000438055 dan 1000422259.

Pengumuman di laman web Durex Malaysia.

Dalam satu pengumuman, pengilang hanya menyatakan bahawa produk itu tidak melepasi 'ujian daya ketahanan yang ketat' dan ia bagaimanapun tidak mendatangkan bahaya segera kepada orang ramai.

Mereka juga menyatakan bahawa kondom yang terjejas adalah 'terhad bilangannya'.

Mereka yang telah membeli produk yang ditarik balik ini diminta untuk menghubungi Facebook @DurexMalaysia atau menghubungi Durex Consumer Careline di talian 1-800-888-839 untuk wang dikembalikan atau untuk sebarang pertanyaan.

Bagaimanapun, pengumuman ini hanya melibatkan tiga kelompok produknya dan produk jenis lain sama sekali tidak terjejas.

kondom, Durex, tarik balik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain