Petisyen dalam talian gesa kerajaan "hentikan rogol kanak-kanak" - Semasa | mStar

Petisyen dalam talian gesa kerajaan "hentikan rogol kanak-kanak"

PETALING JAYA: Seorang bapa mula melancarkan petisyen dalam talian untuk menggesa kerajaan Persekutuan dan Negeri berhenti 'menyetujui' kejadian rogol berlaku dengan membenarkan perkahwinan melibatkan kanak-kanak.

Umran Kadir yang kini menetap di United Kingdom berkata, dia melancarkan petisyen itu kerana sebagai seorang bapa kepada tiga cahaya mata dan memiliki anak saudara di Malaysia; dia bimbang dengan isu lelaki berusia 41 tahun dibenarkan mengahwini gadis 11 tahun.

Petisyen 'Hentikan rogol kanak-kanak' yang dimuat naik ke laman web change.org pada Khamis Julai meraih lebih 3,000 tanda tangan setakat pukul 3 petang Jumaat.

Petisyen yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia itu menyasarkan sebanyak 2,500 tanda tangan.

"Kami, sebagai warga Malaysia yang mengambil berat tentang hala tuju negara, dari berbilang bangsa, agama, and pegangan, mendesak kerajaan Persekutuan untuk melindungi kanak kanak di Malaysia melalui reformasi perundangan untuk mengharamkan nikah dan perkahwinan bawah umur di Malaysia.

"Kami menuntut kerajaan Persekutuan untuk bertegas dalam hal perkahwinan bawah umur, di mana kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, sama ada beragama Islam atau tidak, tidak mengira bangsa atau jantina, tidak dibenarkan berkahwin.

"Mana-mana kelemahan dalam undang-undang masa kini bukan sekadar membolehkan perkahwinan bawah umur, malah membenarkan kanak-kanak dirogol sambil rakyat Malaysia sekadar memandang sebelah mata.

"Isu sebegini tidak sepatutnya ada dalam kalangan masyarakat bertamadun; dan sepatutnya (dianggap) merupakan jenayah di Malaysia," baca petisyen itu.

Petisyen tersebut berkata, tiada agama yang memberikan justifikasi terhadap perkahwinan bawah umur, termasuklah agama Islam. 

Sebaliknya, petisyen berkenaan menjelaskan bahawa perkahwinan bawah umur tidak digalakkan malah dilarang atas dasar mencabul hak wanita dan membawa kemudaratan fizikal kepada kanak kanak perempuan.

"Kami mengecam mereka yang menuggang agama dalam menjustifikasikan perkahwinan bawah umur. 

"Agama Islam tidak menggalakkan perkahwinan kanak kanak, malah amalan ini bertentangan dengan prinsip agama Islam yang adil dan saksama," katanya.

Artikel Berikut

Gadis berhijab timbang bola curi tumpuan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain