suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh reman pegawai khas Rosmah dilanjut hingga Ahad

PUTRAJAYA: Tempoh tahanan reman bekas pegawai khas kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dilanjutkan dua hari bagi membantu siasatan keterangan berhubung penyelewengan projek solar kepada 369 sekolah di Sarawak yang membabitkan nilai RM1.25 bilion.

Perintah tahanan itu dikeluarkan oleh Majistret, Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jumaat.

Lanjutan tahanan reman itu bermula esok dan berakhir pada Ahad.

Isnin lalu, lelaki yang berusia 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM selepas hadir memberi keterangan berhubung kes itu.

Pada 26 Jun lalu, pengarah urusan dan peguamnya menjadi individu pertama ditahan sebelum seorang pengarah syarikat ditahan dua hari kemudiannya.

Mereka masing-masing direman sehingga enam hari membantu siasatan SPRM terhadap skandal penyelewengan itu.

Sebelum ini, portal Sarawak Report mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak yang didakwa melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan.-SinarHarian

Rosmah, solar, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain