suria

Tiada penahanan, polis angkut beg, hadiah, pakaian - Peguam Najib

PETALING JAYA: Tiada penahanan dilakukan susulan tindakan polis menggeledah lima lokasi yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu media pada pukul 4 pagi Khamis bahawa polis telah memeriksa kediaman Ahli Parlimen Pekan di Taman Duta, di ibu negara.

Beliau berkata, ahli keluarga Najib telah memberi kerjasama bagi membolehkan pihak polis melaksanakan tugas mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Cubaan pindah 50 beg tangan Birkin, laporan polis dibuat

"Tiada dokumen diambil, kecuali barangan peribadi termasuk beg tangan, hadiah dan pakaian.

"Kami percaya polis akan mengambil dua atau tiga kotak lagi yang mengandungi pelbagai barangan.

"Ia sebuah rumah yang besar, jadi mereka perlu memeriksa setiap bilik di dalamnya, sebab itu ia mengambil masa yang lama.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat ketika ini, tiada juga petunjuk kemungkinan akan berlaku penahanan," katanya.

Setakat ini juga tiada pertuduhan akan dibuat, walaupun Harpal percaya ia mungkin disiasat mengikut akta pengubahan wang haram.

Beliau juga mengesahkan polis telah menggeledah pangsapuri Najib di ibu negara.

Sebelum itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh mengesahkan polis telah memeriksa lima lokasi yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

Lokasi itu termasuk kediamannya di Taman Duta, Sri Perdana di Putrajaya, dua lokadi di Pavilion KL dan pejabat Perdana Menteri.

Sebelum ini Exco Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Ben Ali membuat laporan polis mengenai pemindahan barangan peribadi berjenama mewah didakwa milik isteri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib, Taman Duta, Harpal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain