suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilihan Shukri berita gembira buat SPRM - Azam Baki

Datuk Seri Shukri Abdull yang mengambil keputusan untuk bersara wajib pada dua tahun lalu dilihat memasuki Pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, tiga hari lalu.

PETALING JAYA: Seluruh pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak sabar untuk bekerja di bawah kepimpinan Datuk Seri Shukri Abdull.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengakui pemilihan Shukri sebagai ketua pesuruhjaya adalah berita gembira buat mereka.

"Kami merindui beliau terutama gaya kepimpinannya dan tentunya ia membuatkan kami tidak sabar menunggu masa untuk beliau kembali bersama SPRM," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Kata Azam lagi, beliau sendiri percaya dapat sekali lagi bekerjasama dengan Shukri dalam pelbagai perkara melibatkan SPRM.

"Saya percaya dapat laksanakan banyak perkara untuk manfaat SPRM bersamanya nanti," katanya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk melantik Shukri sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Shukri akan menggantikan tempat yang dikosongkan Tan Sri Dzulkifli Ahmad selepas meletak jawatan dan kini kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara mulai Selasa lalu.

Sebelum ini, Shukri terlibat dalam siasatan kes ke atas syarikat berkaitan 1MDB di mana ia dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Shukri bagaimanapun telah mengambil keputusan untuk bersara wajib dua tahun lalu.

Tiga hari lalu, Shukri telah ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya untuk menemui Dr Mahathir.





Azam, SPRM, Shukri

Artikel Lain