suria

Tun M teliti dokumen hingga pagi, isteri bimbang tak cukup tidur

Tun Mahathir bekerja keras untuk memastikan kestabilan Malaysia.

PETALING JAYA: Tun Dr Siti Hasmah mula risaukan keadaan kesihatan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hampir seminggu diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Dr Siti Hasmah memuat naik status di laman Facebook rasmi Kelab Che Det memberitahu kerisauan terhadap Dr Mahathir yang usianya mencecah 93 tahun.

"Saya risaukan kesihatan Tun yang tak cukup tidur.

"Waktu tidur beliau digunakan untuk meneliti setiap dokumen kerajaan.

"Dalam satu malam beliau meneliti lebih 200 dokumen sehingga pukul 4-5 pagi.

"Pukul 7 pagi beliau sudah berada di pejabat," luah Dr Siti Hasmah.

Dr Siti Hasmah bersama Dr Mahathir: Foto: Instagram Chedetofficial

Luahan wanita pertama negara ini turut mendapat sokongan netizen yang risaukan kerja keras perdana menteri era Malaysia baharu itu.

Salah seorang netizen Wai Yap berkata: "Saya pun dah cukup risau padal Tun...umat Islam berdoa lah ye Ramadan ini untuk Tun.

Manakala seorang lagi netizen Wong Chin Kuan menulis: "Bukan umat Islam pun i doa untuk kesihatan dan kegembiraan Tun tiap-tiap hari. Hero Malaysia yang disanjung tinggi."

Tun Hasmah, Tun Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Lain