suria

PM Singapura bakal bertemu Dr Mahathir Sabtu ini

Lee Hsien Loong: Foto: ROSLAN RAHMAN/AFP

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong merancang mengadakan lawatan ke Malaysia Sabtu ini (19 Mei) untuk bertemu dengan rakan sejawatannya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu ucapan semasa perbahasan Parlimen  pada hari Rabu, Hsien Loong berkata Singapura perlu memberi tumpuan kepada hubungannya dengan  jiran terdekatnya, Malaysia.

"Kami berharap Malaysia stabil dan makmur. Kami telah menikmati hubungan baik dengan Malaysia di bawah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekerjasama dalam projek utama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.

Jelas Hsien Loong, Singapura juga telah bekerjasama dengan Dr Mahathir dan pasukannya sebelum ini dengan menyiapkan beberapa projek bersama termasuk Link Kedua di Tuas ketika tempoh terdahulu sebagai perdana menteri.

Hsien Loong memberitahu, beliau juga mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dia adalah rakan sejawatannya ketika menjawat jawatan timbalan perdana menteri Singapura.

"Harapan kerajaan Malaysia baharu sangat tinggi, dan saya fikir Dr Mahathir akan sangat sibuk pada masa akan datang," katanya.

"Tetapi saya bercadang untuk melawat Malaysia pada  Sabtu ini untuk berjumpa dengan Dr Mahathir dan memberitahu untuk bekerjasama dengannya sekali lagi demi faedah kami bersama," katanya. - The Straits Times / Rangkaian Berita Asia

Artikel Berikut

Artikel Lain