suria

KP SPRM letak jawatan

Tan Sri Dzulkifli Ahmad

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya, pagi Isnin.

Menurut sumber, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Atas arahan bekas bos, Razak kemuka laporan terhadap Najib

"Ya surat letak jawatan telah diserahkan kepada KSN pagi ini," kata sumber dalam satu kiriman mesej kepada mStar Online.

Dzulkifli, 50, dilantik memegang jawatan itu pada 1 Ogos 2016 bagi menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bagaimanapun nama Abu Kassim disebut-sebut bakal memegang jawatan itu sekali lagi susulan peletakan jawatan Dzulkifli.

Artikel Sebelum

Artikel Lain