suria

Ringgit jatuh ke paras terendah dalam 18 bulan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit susut apabila pasaran dibuka semula selepas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin pakatan pembangkang dalam kemenangan mengejutkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada minggu lalu.

Ia menaikkan kebimbangan selepas janji kempen untuk memansuhkan cukai penggunaan dan mengembalikan semula subsidi minyak.

Matawang negara jatuh sebanyak 0.9 peratus, yang dikatakan terendah sejak November 2016 kepada 3.9860, sebelum diniagakan pada 3.9862 pada 8.19 pagi waktu tempatan.

Moody’s Investors Service and Fitch Ratings memberi amaran tentang risiko kepada bajet jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan dan tidak diimbangi oleh langkah penjanaan pendapatan yang lain.

"Dr Mahathir berkata, mereka akan masuk campur jika terdapat ketidaktentuan pasaran.

"Paras yang perlu dilihat masih 4.00 berbanding Dollar Amerika Syarikat.

"Ketidakstabilan pasti dijangkakan dan satu-satunya cara untuk menenangkan pelabur adalah peta ekonomi baharu," kata Mingze Wu, seorang peniaga FX di INTL FCStone di Singapura.

Dr Mahathir telah berusaha untuk meyakinkan pasaran dengan melantik seorang menteri kewangan yang boleh dipercayai, sambil mengatakan bahawa dia akan mengetuai pentadbiran yang mesra perniagaan.

Pengerusi Kumpulan Bank CIMB yang merupakan adik kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak, telah menyatakan keyakinan terhadap pasaran kewangan selepas pilihan raya umum itu.

Manakala, penganalisis lain berkata stok dan ringgit mungkin menurun dalam jangka pendek sehingga ada kejelasan dalam dasar ekonomi negara ini.
     
Pakatan Harapan telah berjanji untuk memansuhkan GST dalam tempoh 100 hari pertama memerintah dan akan memperkenalkan semula subsidi petrol serta mengkaji semula konsesi tol jalan raya.

matawang, ringgit

Artikel Berikut

Artikel Lain