suria

Senarai exco Johor akan dipersembah kepada Sultan Johor

Gambar dari Bernama.

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) Johor yang bermesyuarat di sini malam Ahad telah memutuskan  senarai nama Ahli  Majlis Mesyuarat  Kerajaan Negeri (Exco)  Johor.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.00  malam dan berakhir pada  tengah malam Ahad juga  membincangkan  pengagihan kerusi Exco  dalam kerajaan negeri Johor.  

Ia dipengerusikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi  Pakatan  Harapan  Johor dan dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian, Pengerusi  Amanah Johor Aminulhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.  

“Mesyuarat selesai pada jam 12 tengah malam tadi. Senarai Exco yang telah dipersetujui akan disembah maklum untuk mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh  pejabat Presiden PPBM malam Ahad. - Bernama

exco Johor

Artikel Lain